Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,576
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Dour 2

LIMA hari dah berlalu.

Saiful menolak pintu rumah. Ayen dan Fariha yang sedang berbual di ruang tamu terjerit terperanjat, lalu spontan menutup kepala masing-masing dengan bantal sofa. Lelaki tinggi itu sekadar menjeling sekilas sebelum membawa diri ke dapur.

Beg gantung di bahu diletakkan di atas meja. Overcoat hitam bergaris biru pada tubuh turut ditanggalkan dan diletakkan di atas kerusi. Pedulikan bunyi larian kecil disusuli bunyi pintu ditutup, Saiful memutar paip di singki. Air ditadah dan diraup sekali dua. Bersungguh mukanya diurut dan diramas dengan air yang sejuk itu. Air paip terperangkap pada jambang yang meliar, dibiarkan. Butang pada kemeja hitamnya ditanggalkan habis sebelum menongkatkan kedua belah siku pada hujung singki. Keluh dilepaskan. Berat sekali.

Lima hari dia menjelajah East London demi mencari kediaman lelaki bernama Syafik itu. Dari taman ke taman. Dari bangunan ke bangunan. Hotel ke hotel. Mana-mana kediaman si abang itu mungkin menginap. Waima, kegagalan yang dirasai lebih teruk dari rasa gagal kalah skil drumming dengan rakan sekolah. Masa, tenaga dan duit betul-betul dikikis habis dan hasilnya pula kosong telur.

“Ergh…” Tubuh dipusing kiri dan kanan, mematahkan sendi tulang. Sedap sedikit. Paip air ditutup dan dia beralih ke meja makan. Peta East London ditarik keluar dari beg gantung dan ditebar luas di atas meja. Wajah yang ditumbuhi jambang diusap, memikirkan mata-mata kawasan yang dia tidak pergi lagi.

Sekeping gambar ditarik keluar. Gambar seorang lelaki melayu yang tersengih lebar dan merentang tangan ke udara direnung. Soffiantini Castel pada latar belakang tersergam indah dan memaparkan konsep antik, klasik dan penuh bersejarah. Tetapi perhatian Saiful bukan pada tourist spot mahupun pada si rakan yang pernah mengunjungi rumah pemilik lelaki English mental yang bijak itu. Seorang lelaki tinggi berambut hitam panjang ke paras bahu di gambar belakang ialah punca dia terbang dari Malaysia ke sini. Gambar ini ialah bukti abangnya itu ada di sini, cuma tidak pasti andai dia pengunjung mahupun penduduk. Walau apapun, Saiful akan mencuba semua possibility.

“Hoi.” Satu suara menegur di hadapan. Saiful mengangkat pandang, sedikit terperanjat dengan panggilan yang tidak berhemah itu. Ayen yang berpeluk tubuh ditentang sesaat dua sebelum peta London dilihat lagi.

“Ada apa?” soalnya pada peta.

“Kau tak tahu manner macammana nak menginap kat rumah orang ke?”

I paid the rent, so big deal. Apa masalahnya?”

“Bayar sewa atau tak, hakikatnya, ni rumah orang. Kediaman suami isteri yang masih muda. Kalau kau nak buat perangai datang dan pergi sesuka hati kau, kan lebih baik kau masuk je dalam hotel!”

Mata biru kilat itu naik semula pada wajah yang garang di hadapannya. Keluh terhembus, lalu gambar disatukan dengan peta. “What are you implying, lady?” Tubuh yang direndahkan pada meja tegak berdiri. Tertayang kulit yang cerah pucat di sebalik kemeja yang tak dibutangkan itu pada mata si gadis. Lekas Ayen melarikan pandang.

“Aku cuma nak kau buat perangai macam rumah ni ada orang lain yang punya… dan kau hanya tetamu. Sedar diri la sikit.”

“Aku rasa aku tak buat benda haram lagi macam bawak perempuan atau bawa arak atau bawak paderi ke hape.”

Ayen menjeling. “Kau Kristian ke apa?”

Bahu dijungkit. “Its just a figure of speech.”

Dia mendengus. “Dan kau tak balik dalam lima hari tak bagitau kitorang. Macammana kalau kau sesat tengah-tengah bandar tu?”

What? Sekarang aku kena inform my activities kat korang pulak? Bukan ke kau jugak yang cakap aku cuma tetamu. We are strangers in a manner of speaking. Aku bebas nak buat apa yang aku nak buat.”

Pinggang dicekak, lalu meja didekati. Tangan kecilnya dihentam atas meja makan itu. “Kau bebas buat apa saja, fine, tapi the fact that kau masih ahli rumah ni is the truth. Kau paid the rent to live here, kau boleh makan dengan free in here, kau tidur in here. We are connected walaupun kau cuba nak deny. Plus, dah lima hari kau tak mandi langsung ke? Muka dah macam Piltdown Man.! Baju tak tukar-tukar pulak tu!”

Saiful memicing. Perempuan inibanyak mulut. Dia boleh ubah topik dari manner tetamu, jadi ahli rumah pemilik sewa dan hygiene dirinya in one go. Kualiti emak yang kuat bebel ketara sungguh. And what the heck is Piltdown Man?! Some sort of kawan Superman??

Abaikan persoalan yang meletup-letup di kepala, tekak didehem. “There’s no point of having a go at me if you are also a mere guest in here.” Dia berkalih, mendapatkan cawan kosong. Kopi panas dituang ke dalam cawan dan dia beralih ke meja makan kembali, duduk di kerusi.

Ayen menghela nafas panjang sambil berpeluk tubuh. “Aku wakilkan dorang. They are worried about you…”

“Untuk apa worried kat aku?”

“Sebab kau menginap kat sini. Duh.” Mata dijuling ke langit. “Kalau orang Malaysia hilang sebab menginap kat rumah dorang, sudah tentu Fafa susah hati.”

Mata biru kilat itu tepat memandang mata hitam di hadapan. “Who’s Fafa?”

Dan mata hitam itu membesar luas. Bulat sungguh laksana bulan purnama. Riak tak percayanya ketara sekali timbul pada dahi berlapis hingga Saiful yang melihat mengangkat kening. “The mistress…!” Ayen meluruskan telunjuk ke belakang, ke arah bilik tidur utama.

Lelaki itu menahan ketawa. “Aku kenal dia dengan nama Fariha. Manalah aku tau kau panggil dia Fafa. Sedap je marahkan orang…” Kepala digeleng dan peta dipandang lagi. “Akal tak cukup logik betul…”

Bertambah rasa sengal di kepala, lalu Ayen membawa tangan ke kepala. Ah, kusutnya rasa otak. Rasa macam nak tarik-tarik rambutnya sekarang nak bagi ruang dalam kepala supaya akal boleh bernafas! Saiful pula masih beriak selamba sambil menghirup kopi.

You are annoying…” Ayen mendesis perlahan.

Bibir berpisah dengan cawan. “And you are nosy. Big deal. Now would you excuse me. I have work to do.” Pensel dan kompas dikeluarkan.

Gadis itu mendesis deras, bertambah sengal. Peta yang bertanda pangkah yang agak banyak di dada kertas tebal dipandang. Perhatian mata turut jatuh pada gambar seorang lelaki yang nampak ceria di sebelah lelaki itu. “What. Kau cari orang ke?” soalnya, meneka dengan hint di atas meja.

Shut up, lady.” Kerja menilai mana-mana kediaman yang belum dilihat atau terlepas pandang diteruskan.

Mendengus lagi. “Buat apa nak susah-susah keliling satu London kalau kau boleh je taip nama beliau kat internet. Kalau dia penduduk sini, obviously dia dah daftar kediaman kat majlis perbandaran, bukan?” Selamba berucap sambil berpeluk tubuh. “But it will be a different story kalau dia cuma pelancong…”

Mata Saiful membulat pada gadis itu. Terkejut dengan idea super bernas yang dia tidak pernah terfikir nak buat. Bahkan, tidak tahu pun perkara begitu boleh dilakukan. “Lady, what is Piltdown Man?”

Berkerut dahinya. Apa kes tiba-tiba tukar topik? “Salah satu kewujudan manusia beruk yang dicipta saintis evolusi sebelum terjadinya homo sapien. Aku tak ingat scientific name-nya. Hollabahoon hoax something.” Bahu dijungkit.

Bibir Saiful memutik sengih. Lebar sekali! “You owns idiotic attitude but you definitely have a brain, hollabahoon lady!” Mencerlang mata Ayen mendengar gelaran yang diberikan pada si lelaki dipalit kembali padanya dengan nama yang berbeza. Saiful pula mengemas peta, gambar, kompas dan pensel, dimasukkan semuanya ke dalam beg gantung. Lengan Ayen dicapai. “Come. Tolong aku.”

“Ha? Wha…?”


GAGAL. Gagal segagal gagalnya. Gagal dengan sebenar-benar erti gagal yang meletupkan habis semua tenaga, masa dan wang yang dihabiskan dalam usahanya ke tanah Inggeris ini hingga tidak meninggalkan waima satu debu pun.

Saiful menolak kepala ke belakang, bersandar pada kerusi. Siling direnung dengan riak penuh sesal. Ayen pula tersenyum nipis di kerusi sebelah. Tumpang simpati. Senarai nama Syafik tersusun keluar di skrin PC di hadapan namun satu pun insan bernama Syafik Fadhil wujud untuk hidup menginap di tanah London ini.

“Siapa Syafik Fadhil?” soal Ayen apabila mereka keluar dari information center itu. Kedua-duanya melangkah perlahan di sepanjang ruang pejalan kaki.

Saiful mengeluh perlahan. “My abang…”

“Oh…” Wajah yang tersenyum lebar pada sekeping gambar di tangan dilihat. “Tak nampak macam kau pun.”

“Tu bukan dia…” Saiful mengeluh lagi, sambil memadatkan tangan ke poket kot panjang. “My abang salah seorang pengunjung kat belakang mat bengong tu.”

“Mat bengong?”

A crazy drummer. A friend of mine.”

“Oh…” Senyum lebar si mat bengong direnung. Pedulikan mat bengong, pengunjung di belakang direnung pula. Cuba mencari yang mana abang lelaki di sebelahnya walaupun sah-sah gagal kerana tidak dikenali. Lalu gambar itu dihulur kembali. Saiful menyambut malas dan dipadatkan ke dalam kot baju sejuk. “So, nak kemana sekarang?” Ayen bertanya.

“Balik la.”

Should I call a cab?” Pelawanya, nak membantu. Berusaha untuk menolong walau sekecil-kecil perkara untuk meringankan beban si jejaka kacak berwajah kusut di sebelah.

Nay… aku nak berjalan sampai rumah nanti. Walking relieve my pain.”

“Oh. Okay.”

Saiful menjeling gadis kecil itu. Saiz Ayen sebenarnya agak normal sebagai wanita Asia walaupun bila berdiri di sebelahnya, kelihatan kecil sangat. Kerana kepalanya di bawah paras bahu Saiful. “Lady.”

“Huh?” Ayen menoleh.

“Sudi temankan aku berjalan sampai rumah?” soalnya bersama senyum nipis. Ayen mengangkat kening.

“Hm. Okay?”

“Heheh. Baik no? Tadi kat rumah kemain lagi membebel macam mak nenek. Siap demand macam-macam.” Sebelum keluar tadi, dirinya dipaksa untuk mencukur jambang dan mengenakan pakaian suami Fariha itu. Mujur muat kerana lebar dada dan pinggang yang agak sama. Dan jambangnya pula tidak dicukur licin kerana nak cepat. Tidak pula gadis ini nak bising bila masih ada sisa bulu pendek di wajah. Sebab aku nampak seksi kut? Imej diri pada cermin kedai dilihat.

“Tu sebab aku marahkan kau bagi pihak Fafa ngan Deli…” Jalan dipandang. Segan nak terus bertentangan pandang dengan lelaki di sebelah. Kacak sungguh!! Ayen menahan gatal di hati. Mata biru kilat, rambut hitam pekat dan berjambang nipis. Tinggi dan bentuk tubuh segi tiga juga satu asset yang mampu menarik perhatian gay tulen. Mangai. Sahih cair kalau direnung lama-lama.

“Yang kau suruh aku cukur jambang bagai…”

“Aku taknak keluar dengan lelaki selekeh yang macam takda rumah…”

“Oh… okay then.”


RANCANGAN ringkas nak balik terus ke rumah menjadi banyak dengan penambahan aktiviti sampingan apabila dirinya ditarik ke kedai baju untuk membeli pakaian baru, berhenti di depan phonebooth untuk bergambar, berhenti untuk makan aiskrim, mengadap sungai Thames dan sebagainya. Ah. Inilah rasanya berjalan dengan perempuan.

Ayen mengajak masuk ke kedai buku. Memang pandai. Jalan jauh-jauh, terbang nak dekat setengah hari dan sampai dengan selamat di London… semata-mata nak masuk ke dalam kedai buku. Saiful malas nak membebel. Kumpulan novel yang tak terasa akan ditemui dengan mudah di Malaysia, dicari. Penulis-penulis yang tidak dikenali cukup banyak karyanya di rak novel itu. Manalah tahu ada yang dia berminat satu ataupun dua.

“Whoohoho… sini pun ada Majalah Mangga seh. Tak sangka jauh-jauh cerita dari tanah tropika sana sampai jugak ke tanah empat musim gini.” Ayen bersuara di depan rak majalah. Saiful menoleh terperanjat.

“What? Seriously? Majalah Mangga? That Majalah Mangga yang diharamkan mufti Kedah sebab tayang ‘mangga’ tepi kolam?” Biar betul majalah Mangga itu tiba di sini? Didermakan oleh pelajar Malaysia ke apa? Tapi kedai ini bukannya kedai buku second-hand.

Ayen berpaling ke belakang. “Diharamkan?” Saiful yang berdiri di rak novel fiction dipandang dengan muka berkerut. “Dan apa maksud kau tayang buah mangga pun boleh diharamkan?”

Duh.” Mata dijuling ke langit. “Majalah lucah Malaysia, kan. Segala macam jenis buah pun nak ditayang. Lama jugak dah diharamkan.”

Mata hitam Ayen ditala tepat ke matanya. Saiful senyap, menentang wajah beku si gadis. Kenapa?

“Aku tak faham sepatah haram pun apa kau cakap…” Majalah mengenai buah mangga ditarik keluar dari rak dan ditayang di hadapan lelaki itu. Saiful merenung datar. Terasa sengal dengan isi perbualan yang langsung tak match antara mereka sebentar tadi. “Macammana majalah buah mangga boleh diklasifikasikan sebagai lucah pulak? Kau main sedap je sebut. Takkan lelaki naik nafsu tengok buah mangga?”

Senyap. Enggan membalas. Malu memikirkan isi perbualan yang berbeza 180 darjah. Ketara dia yang dirty-minded kat sini. Ayen membalikkan front page majalah tersebut di depan mata. Buah kuning tersebut direnung lagi, ditambah dengan rasanya di kepala. “Uhhuh… kecur liur.” Bahu dirapatkan ke leher, naik masam memikirkannya. Teringin pula nak balik ke Malaysia.

Belakang kepala digaru. “Well… kecur liur la jugak tengok ‘buah mangga’ tepi kolam.”

“Hu?” Ayen menoleh.

Nevermind.” Kumpulan novel dilihat lagi.


TANGAN yang kosong turut berisi kerana mengangkut barang shopping. Kebanyakannya ialah bajunya sendiri kerana Ayen memaksanya membeli baju. Bila difikir balik… ya. Bajunya cumalah kemeja hitam dan jeans yang dipakainya sekarang. Hahaha. Langsung tak terasa nak menukar baju kerana udara kering sejuk di sini. Nak berpeluh pun susah.

“Eeemph… sejuk!” Pipi yang kembung dengan aiskrim ditepuk. Saiful menjeling si gadis. Enak sekali riaknya menikmati aiskrim Baskin Robbins.

You don’t say. Sapa lagi yang gila enough pergi makan aiskrim masa autumn.”

Autumn je pun. Bukannya winter.”

“Selesema kau, aku tak tanggung.”

“Jangan risau. Aku dah bawak banyak ubat kat rumah. Hahha!”

Saiful tersenyum nipis, lalu menggeleng kepala. Lorong yang dilalui untuk ke Queensborough Terrace direnung. Berbanding Malaysia, Timur London ini memang banyak lorong berpenduduk. Tetapi jika malam, sudah pasti tempat ini tetap merbahaya memandangkan laluan yang panjang dan agak gelap.

Bicara penduduk dicuri dengar. Saiful memicing, menangkap isi perbualan. “Apparently, there’s a mental person living around here, lady. Kena berjaga-jaga…” Kepala ditundukkan ke bahu kanan, cuma untuk melihat kepala itu tiada di situ. Saiful refleks menoleh ke belakang, pada Ayen yang berhadapan dengan kaca tingkap sebuah kedai instrument muzik. “Andshe’s not listening.” Mengeluh pendek.

Ayen menoleh bersama sengih. Tangan kanannya pula laju sekali melambai ke arahnya supaya mendekat. Saiful mendekat. “Apa dia pula kali ni? Kau nak beli gitar pulak?”

“Pandai sangat la tu. Nie…” Bersinar sekali matanya ditunjukkan pada poster di cermin tersebut. Lelaki tinggi itu merapat, membaca informasi pada poster hitam berkilat. “Live performance piano. Hahha!”

Live performance pandai kau. Tu final competition la.”

“Pun masih live kalau kita pergi dan tengok first-hand,” balasnya bersama sengih lebar. Saiful menoleh dengan muka berkerut.

“Kita?”

“Aku teman kau jalan-jalan, kau teman aku tengok pertandingan ni.” Thumbs up diangkat tegak.

Saiful menjuih leceh. “Excuse me, lady. Kau tak teman aku jalan-jalan, tapi kau ‘paksa’ aku berjalan-jalan dan beli barang-barang ni semua.” Ayat paksa ditekankan nadanya hingga tenggelam di rengkung. Beg-beg shopping diangkat ke paras kepala si gadis bersama kening yang diangkat tinggi. You see this? You see?.

Ayen terkekeh, terasa kelakar. “Don’t mind the small matter, meh…”

Small matter, katanya…” Mata dijuling ke langit. Poster dilihat lagi. “Tengok. You have to pay to enter.”

“Ha??” Ayen membulatkan mata, mencari maklumat tersebut. Saiful dengan baik hati menunjuk. “Che. Nak tengok pianist amateur bertanding pun kena bayor,” dengusnya.

I won’t say amateur kalau dorang marketkan pertandingan tu grand begini.”

It’s still amateurish if its called ‘competition’ sebab freshies tetap ramai. In this case, to build up fame and also as a kickstart in their whimsical musical worklane. Only a few or twoyang well-known. Bayaran tu maybe untuk those well-known musician yang ditarik sama untuk buat persembahan. Bahan market.” Wajah ditoleh.

Saiful terkebil sebelum tersenyum ikhlas. “Kau sometime boleh keluarkan ayat bijak yang aku pun amaze. I don’t like brainy woman.” Tubuh dikalihkan. Ayen terkedu dengan ayat yang terakhir itu. Tersedar dirinya ditinggalkan, lekas dia mengejar langkah kaki panjang itu. “Kau buat apa kat Whitechapel, ne’way?” soal Saiful bila gadis itu sudah berada di sebelahnya

“Lawat Fafa.”

“Oh. Tak datang untuk lawat London huh?”

“Yang tu second in line.”

“Hahaha… kita sama, lady… kita sama.”

“Apa yang sama?”

Purpose.”

Senyap seketika. “Kau selalu cakap tak habis.”

Dan terus melangkah.


LER. Korang shopping lamanya… korang pergi mana je, malam baru balik?” Fariha menegur di ruang tamu. Ayen yang melepaskan bersin berkali-kali, gagal menjawab. Beg-beg shopping diletakkan di atas meja di ruang tamu itu. Saiful pula sekadar merenung tingkah gadis bertudung hitam.

Bersin lagi! Urgh…. Ayen mula menggerutu dengan hidung merah. Hidungnya digosok-gosok kuat. Gatal le tu.

That’s why I saiddon’t eat ice cream in this low temperature. Pergi mandi la, lady.” Saiful menegur.

“Diamlah.” Hingus cair dikesat dengan lengan overcoat maroonnya. Fariha yang menanti jawapan berjawab, dipandang. “Fa. Tengok apa aku jumpa. Majalah Mangga…” Bersin lagi.

Fariha merenung majalah dengan cover page buah mangga itu. Tergelak lalu. “Cara kau sebut majalah mangga dah macam Majalah Mangga yang majalah lucah Malaysia tu…”

“Heheh. Pemikiran kau sama je dengan big guy tu. Pervy minded.” Saiful yang meletakkan kot tebal pada tiang kot ditunjuk dengan ibu jari. Lelaki itu menjeling tajam. “Tapi kau dah kahwin, so aku faham Fa.” Bahu si kawan ditepuk. Fariha hanya mendesis perlahan.

Saiful menghela nafas panjang, lalu mencekak pinggangnya sebelah. “It’s a normal reaction when someone says majalah mangga and people think about ‘that’ particular magazine.”

Ayen menjeling. “Doesn’t that implied that your minded is corrupted and turn ‘Majalah Mangga-ish’sampai terfikir-fikir bila disebut dalam perbualan seharian?”

Sengih geram diukir. “You and your cunning mouth…. Aku ingatkan kau completely innocent dan tak tahu langsung pasal kewujudan Majalah Mangga…”

Hidung diangkat naik. “Aku cuma playing stupid. Sometime it’s a fun reaction. Lagi-lagi berdepan dengan rotten minded people.”

You…” Memang betul-betul geram. “…unexpectedly very not stupid…”

Unexpected is unnecessary…”

Dan saling mencerun.

Fariha tertoleh-toleh antara si penyewa kacak dan rakan lamanya itu. Agak terperanjat dengan hubungan yang agak laju terhasil sedangkan sebelum lelaki itu menghilang lima hari lepas, mereka bergaduh dan tidak mahu berbual antara satu sama lain. Tiba-tiba selepas balik, Ayen diajak keluar dan sekarang berkomunikasi macam rakan lama.

Saiful menghempas nafas. Mengalah dari saling membidas kata, lalu kaki mula melangkah. Belakang tudung hitam itu dikerling semasa melalui sofa. “Pergi mandi hot shower la lady… sebelum you suffer from flu. We are on the black death city, afterall.”

Ayen sekadar menjeling ke belakang. Bibir dicemikkan bila Saiful menghilang ke dalam bilik tidurnya. “Keh. Bising macam Pali. Harap muka je kacak overdose.” Tak sampai sesaat mengumpat, bersinnya terlepas lagi.

Fariha tersenyum nipis. “Apa yang Saiful cakap tu betul, though. Pergi la mandi. Kau dah lah senang kena selesema.”

“Iyelaaa…” Punggung diangkat.

“Mandi tu cepat sikit. Aku dah buatkan laksa. Makan panas ni sodap!”

“Hohho! Mana kau dapat bahan, dowh? Hari-hari masak masakan melayu.”

“Apa gunanya pos.”

“Hahahha… Deli mintak orang rumah dia poskan?”

“Habis tu macammana lagi.”

Right…” Dan dia beralih ke bilik tidurnya sendiri.
Previous: Dour 1
Next: Dour 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.